Recepi Pizza khas buat anak saudara saya
1 pkt yis segera
180ml(3/4 cawan) air suam
1 sudu teh gula
(bahan ini di satukan) A
1 sudu makan susu tepong
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak makan( kalau nak sedap gunakan olive oil)(1 sudu makan mentega)
500gm tepong( boleh gunakan juga tepong roti)
(bahan ini di satukan) B
Campurkan bahan A ke dalam bahan B dan uli hingga rata dan doh jadi licin dan cantik dan lembut. Biarkan seketika selama 1/2 jam atau sehingga doh naik berganda. Selepas itu baru boleh di gileng bulat -bulat. Tetapi jangan tipis sangat, biarkan seketika sehingga ia naik cocokkan dengan garpu supaya tidak mengelembung bila di bakar nanti.
Bakar selama 10min 180celcius
Keluarkan, sapukan dengan tomato sauce,sedikit mozarella cheese,daging cincang yang sudah di masak dulu dengan rempah(ikut suka nak tarok sayur, sausage, apa apalah yang diinginkan, kita yang buat dia bukan dia yang buat kita) akhir sekali taburkan cheese dan oregano. Bakar selama 20min atau sehingga cheesenya cair tapi jangan hangus.
Selamat mencuba.